Wednesday 18 November 2015

PENDIDIKAN

SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN
SITI NAJIHAH BINTI ZAINUDIN (235465)


TAJUK: ANAK PENIAGA BAKSO DI SABAH MENERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Anugerah ini diberikan kepada graduan yang terbaik pada tahun semasa pada peringkat prasiswazah yang mencapai PGNK sekurang-kurangnya 3.67 atau purata nilai marakah kumulatif yang setara dengannya, cemerlang di dalam bidang kokurikulum (persatuan/sukan) dan telah menyumbangkan bakti kepada masyarakat berbentuk sukarela atau kebajikan, mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan sifat-sifat keperibadian yang tinggi. Noviatin Binti Syarifuddin mendapat inspirasi daripada kemiskinan  keluarganya untuk menjadi pelajar dari Sabah pertama di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan mendapat PNGK 3.74, beliau mengungguli anugerah bagi kategori Bumiputera dengan lulus Ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Antropologi dan Sosiologi pada Majlis Konvekesyen ke-43 UKM. Beliau mendapat pingat emas bernilai RM1,000 dan wang tunai RM5,000. Noviatin, 23, mengatakan bahawa kejayaan itu tidak diraih semata-mata daripada 100 peratus pendidikan formal dalam kelas, beliau menerapkan teori yang dipelajarinya di dalam kelas dengan latihan praktikal. Dengan cara begitu dapat membuktikan apabila beliau melibatkan diri dengan komuniti berbeza dalam program-program kesukarelaan yang disertainya. Noviatin juga fasih berbahasa mandarin kerana beliau mendapat pendidikan rendah di salah sebuah jenis kebangsaan cina di daerah Tawau. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau merupakan seorang pengawas yang berdedikasi serta menjaga disiplin pelajar-pelajar sekolah. Anak sulung daripada lapan orang adik beradik ini memegang kata-kata daripada Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela bahawa “pendidikan adalah senjata paling berkuasa yang boleh digunakan untuk mengubah dunia”. Menurut Noviatin, ucapan Mandela telah memberi ilham kepadanya dan memberikan kesedaran bahawa latar belakang keluarga bukan penghalang kepada kejayaan. Ayah Noviatin merupakan Imam di kampung halamannya d Kampung Andrassy, juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Tawau pada sebelah malam. Ibunya berniaga di warung yang terletak bertentangan dengan salah sebuah sekolah, menjual nasi kuning dan bakso untuk menambah pendapatan keluarga. Akibat daripada kata-kata kesat yang diterima oleh beliau daripada masyarakat sekelilingnya menjadikan beliau berusaha untuk membuktikan bahawa kejayaan adalah miliknya. Beliau berharap dapat melihat pembangunan di kampungnya dengan memberi sumbangan penyelidikan dan mahu mendedahkan tentang dunia luar kepada remaja-remaja Tawau bahawa pembangunan di Semenanjung Malaysia lebih maju. 

No comments:

Post a Comment