Wednesday 18 November 2015

PENDIDIKAN

SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN
SITI NAJIHAH BINTI ZAINUDIN (235465)


TAJUK: ANAK PENIAGA BAKSO DI SABAH MENERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Anugerah ini diberikan kepada graduan yang terbaik pada tahun semasa pada peringkat prasiswazah yang mencapai PGNK sekurang-kurangnya 3.67 atau purata nilai marakah kumulatif yang setara dengannya, cemerlang di dalam bidang kokurikulum (persatuan/sukan) dan telah menyumbangkan bakti kepada masyarakat berbentuk sukarela atau kebajikan, mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan sifat-sifat keperibadian yang tinggi. Noviatin Binti Syarifuddin mendapat inspirasi daripada kemiskinan  keluarganya untuk menjadi pelajar dari Sabah pertama di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan mendapat PNGK 3.74, beliau mengungguli anugerah bagi kategori Bumiputera dengan lulus Ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Antropologi dan Sosiologi pada Majlis Konvekesyen ke-43 UKM. Beliau mendapat pingat emas bernilai RM1,000 dan wang tunai RM5,000. Noviatin, 23, mengatakan bahawa kejayaan itu tidak diraih semata-mata daripada 100 peratus pendidikan formal dalam kelas, beliau menerapkan teori yang dipelajarinya di dalam kelas dengan latihan praktikal. Dengan cara begitu dapat membuktikan apabila beliau melibatkan diri dengan komuniti berbeza dalam program-program kesukarelaan yang disertainya. Noviatin juga fasih berbahasa mandarin kerana beliau mendapat pendidikan rendah di salah sebuah jenis kebangsaan cina di daerah Tawau. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau merupakan seorang pengawas yang berdedikasi serta menjaga disiplin pelajar-pelajar sekolah. Anak sulung daripada lapan orang adik beradik ini memegang kata-kata daripada Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela bahawa “pendidikan adalah senjata paling berkuasa yang boleh digunakan untuk mengubah dunia”. Menurut Noviatin, ucapan Mandela telah memberi ilham kepadanya dan memberikan kesedaran bahawa latar belakang keluarga bukan penghalang kepada kejayaan. Ayah Noviatin merupakan Imam di kampung halamannya d Kampung Andrassy, juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Tawau pada sebelah malam. Ibunya berniaga di warung yang terletak bertentangan dengan salah sebuah sekolah, menjual nasi kuning dan bakso untuk menambah pendapatan keluarga. Akibat daripada kata-kata kesat yang diterima oleh beliau daripada masyarakat sekelilingnya menjadikan beliau berusaha untuk membuktikan bahawa kejayaan adalah miliknya. Beliau berharap dapat melihat pembangunan di kampungnya dengan memberi sumbangan penyelidikan dan mahu mendedahkan tentang dunia luar kepada remaja-remaja Tawau bahawa pembangunan di Semenanjung Malaysia lebih maju. 

PENYAKIT: KENCING MANIS


SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN
SITI NAJIHAH BINTI ZAINUDIN (235465)

PENYAKIT: KENCING MANIS

Adakah ini semua makanan kegamaran anda? Coklat, aiskrim, biskut-biskut yang manis, minuman ringan, gula-gula, kek, sirap, madu, susu pekat, jem, madu. Jika jawapan anda ialah ya dan tahap pengambilan makanan tersebut anda adalah tinggi, maka secara tidak langsung semua makanan kegemaran anda itu akan membawa kesan buruk kepada anda, iaitu “PENYAKIT KENCING MANIS”.

Apa itu Peyakit Kencing Manis?
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Hal ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak di bawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Hal inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Oleh itu, badan kita akan kekurangan tenaga.

Siapakah penghidap Penyakit Kencing Manis?

Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini. Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang menghidapi penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas), ataupun mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, gemuk atau obesiti mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kencing manis.

TENTANG DIRI SAYA..

SBLM 1023 PENGANTAR PENULISAN
SITI NAJIHAH BINTI ZAINUDIN (235465)

TENTANG DIRI SAYA

Najihah? Kejayaan? Apa kaitan? Ya. Ada kaitan. Najihah menurut islam bermaksud ‘kejayaan’ atau ‘selamat’. Nama diberi Siti Najihah Binti Zainudin. Puteri bongsu pasangan Hadrah Binti Dokkeng dan Zainudin Bin Jada. Dilahirkan pada 20 Februari 1994. Anak jati Tawau, Sabah. Berketurunan Bugis. Memiliki dua orang abang dan dua orang kakak. Sejak dari bangku sekolah rendah lagi, saya bercita-cita ingin menjadi seorang pendidik (cikgu atau pensyarah), wartawan dan penulis novel. Namun, belum mempunyai rezeki untuk menceburi bidang pendidikan. Memegang prinsip “Gagal Sekali Tidak Bermakna Gagal Selamanya”. Mendapat pendidikan awal di Taska Abim pada tahun 2000. Sebelum memasuki Taska Abim, saya belajar menulis, mengira, mengeja dan membaca daripada bapa dan adik-beradik saya yang lain secara tidak formal. Selepas setahun menerima pendidikan di Taska Abim, saya melangkah ke alam sekolah rendah iaitu SK Bandar Tawau 2, Tawau pada tahun 2001-2006 dan seterusnya menyambungkan pelajaran ke sekolah menengah di SM Konven St. Ursula. Pada tahun 2012, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Pra-Universiti di SMK Tawau. Pada peringkat sekolah, saya melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan. Setiap perkhemahan mempunyai jalan cerita yang berbeza. Melalui perkhemahan tersebut, saya belajar sesuatu yang baharu untuk diaplikasikan dalam diri saya. Selain daripada aktiviti perkhemahan, saya juga melibatkan aktiviti dalam kawad kaki badan beruniform. Jika berbicara tentang sukan, saya adalah seorang yang pasif. Tetapi, saya pernah melibatkan diri dalam acara balapan iaitu larian 4 kali 100 meter dan 4 kali 400 meter, lompat jauh dan lompat tinggi. Namun, seorang yang tidak aktif bersukan tidak semestinya tidak suka kepada sukan. Pada tahun 2009, saya mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang penulisan cerpen dan puisi. Tetapi, hasil-hasil karya saya hanya menjadi koleksi peribadi. Seorang yang gemar mendengar muzik dan membaca bahan-bahan bacaan. Pendengar yang setia.
            Pada peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), saya mengambil peluang untuk menceburi bidang komunikasi. Bagi saya, ini adalah peluang untuk mengasah bakat yang saya ada. Saya juga menyimpan cita-cita ingin menjadi wartawan dan penulis novel. Saya rasa peluang dah ada di hadapan mata. Terpulang pada saya mencorakkan ia bagaimana. Saya harap, saya akan merealisasikan impian saya pada masa hadapan. Sepanjang belajar dalam bidang komunikasi banyak pengalaman yang saya dapat terutamanya dalam bidang kewartawanan dan penerbitan. Pengalaman ini mengajar saya untuk lebih memahami bidang komunikasi ini


Sunday 30 August 2015

Dulu & Kini


Pelamin ???
Siapa nak kawin ??? Aku kah ???
hahahaha,,
Nope!!!
In Shaa Allah.. ada jodoh naik pelamin laa saya,,
Now, just focus on my degree,,
Tapi?? Kenapa ada gambar pelamin?? 
Majlis siapa ni??
haaa.. ni nak cita ni.. Almaklumlah.. baru balik dari majlis perkahwinan anak jiran.. 
haii laa,, anak orang semua dah naik pelamin.. 
kawan2 sepermainan pun ada yg dah naik pelamin..
Aku???
hurmm.. bukan xnak naik pelamin,, orang kata tak sampai seru lagi..
hehehe.. 
Hurmmm.. masih ingat lagi.. zaman saya sekolah dulu.. 
selalu ikut mak g rumah org kawin.. saya pun xtahu kenapa..
kadang tue.. jadi flower girl,, pengapit.. jaga makanan.. jemput tetamu...
sebab,, zaman tue xkisah ,, yer laa baru nak meningkat remajaa,, ikut jer cakap mak..
memang sangat best,, korg nak tahu,, kat Sabah ni.. kalau ada orang nak kahwin 7 hari 7 malam persiapan nak kena buat.. yang best tue,, masa majlis resepsi wajib ada karaoke @ band2 untuk memeriahkan majlis..
sekarang ???
ak dah tak jadi flower girl, ak dah tak jadi pengapit,
why?? sebab ak rasa ak tak sesuai dah buat benda tue.. bukan tak buat langsung,, tpi ikut keadaan dan situasi,, kalau keluarga terdekat baru saya turun padang.. tpi.. kalau jiran2 ngn kwan2... aku just jadi tetamu.. hehehe,, 
itulah beza dulu dan kini.. 

Sunday 23 August 2015

Kolej Teknologi Alpha.. Tempat Perjuanganku


"Gagal sekali tidak semestinya gagal buat selamanya"
Yaa... aku percaya pada kata2 itu.. 
Kenapa???
sebab aku dah lalui kegagalan.. sehingga aku fedup nak sambung study..
Tapi,, Takdir Allah siapa yang tahu kn ??
Aku dapat tawaran belajar kat Kolej Teknologi Alpha..
Intensive English Programe..
Di sini, aku belajar banyak perkara..
aku yang pada mulanya agak pelat nak berbahasa Inggeris.. 
dan akhirnya aku boleh cakap walaupun still gagap..
peluang ini aku gunakan dengan sebaiknya,,
Syukur Sangat...

Disaat kawan2 zaman sekolah melangkah ke alam Universiti,
aku ??? 
aku tetap disini, mengejar cita2..
kerana peluang hanya datang sekali..
Kolej Teknologi Alpha.. Tempat Perjuanganku,,
cukuplaa ada tempat yang boleh aku belajar,,
walaupun xsebesar Universiti2 yg ada kat Malaysia ni..
Aku Bersyukur...