Wednesday 18 November 2015

PENYAKIT: KENCING MANIS


SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN
SITI NAJIHAH BINTI ZAINUDIN (235465)

PENYAKIT: KENCING MANIS

Adakah ini semua makanan kegamaran anda? Coklat, aiskrim, biskut-biskut yang manis, minuman ringan, gula-gula, kek, sirap, madu, susu pekat, jem, madu. Jika jawapan anda ialah ya dan tahap pengambilan makanan tersebut anda adalah tinggi, maka secara tidak langsung semua makanan kegemaran anda itu akan membawa kesan buruk kepada anda, iaitu “PENYAKIT KENCING MANIS”.

Apa itu Peyakit Kencing Manis?
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Hal ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak di bawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Hal inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Oleh itu, badan kita akan kekurangan tenaga.

Siapakah penghidap Penyakit Kencing Manis?

Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini. Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang menghidapi penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas), ataupun mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, gemuk atau obesiti mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kencing manis.

No comments:

Post a Comment