Wednesday 18 November 2015

TENTANG DIRI SAYA..

SBLM 1023 PENGANTAR PENULISAN
SITI NAJIHAH BINTI ZAINUDIN (235465)

TENTANG DIRI SAYA

Najihah? Kejayaan? Apa kaitan? Ya. Ada kaitan. Najihah menurut islam bermaksud ‘kejayaan’ atau ‘selamat’. Nama diberi Siti Najihah Binti Zainudin. Puteri bongsu pasangan Hadrah Binti Dokkeng dan Zainudin Bin Jada. Dilahirkan pada 20 Februari 1994. Anak jati Tawau, Sabah. Berketurunan Bugis. Memiliki dua orang abang dan dua orang kakak. Sejak dari bangku sekolah rendah lagi, saya bercita-cita ingin menjadi seorang pendidik (cikgu atau pensyarah), wartawan dan penulis novel. Namun, belum mempunyai rezeki untuk menceburi bidang pendidikan. Memegang prinsip “Gagal Sekali Tidak Bermakna Gagal Selamanya”. Mendapat pendidikan awal di Taska Abim pada tahun 2000. Sebelum memasuki Taska Abim, saya belajar menulis, mengira, mengeja dan membaca daripada bapa dan adik-beradik saya yang lain secara tidak formal. Selepas setahun menerima pendidikan di Taska Abim, saya melangkah ke alam sekolah rendah iaitu SK Bandar Tawau 2, Tawau pada tahun 2001-2006 dan seterusnya menyambungkan pelajaran ke sekolah menengah di SM Konven St. Ursula. Pada tahun 2012, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Pra-Universiti di SMK Tawau. Pada peringkat sekolah, saya melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan. Setiap perkhemahan mempunyai jalan cerita yang berbeza. Melalui perkhemahan tersebut, saya belajar sesuatu yang baharu untuk diaplikasikan dalam diri saya. Selain daripada aktiviti perkhemahan, saya juga melibatkan aktiviti dalam kawad kaki badan beruniform. Jika berbicara tentang sukan, saya adalah seorang yang pasif. Tetapi, saya pernah melibatkan diri dalam acara balapan iaitu larian 4 kali 100 meter dan 4 kali 400 meter, lompat jauh dan lompat tinggi. Namun, seorang yang tidak aktif bersukan tidak semestinya tidak suka kepada sukan. Pada tahun 2009, saya mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang penulisan cerpen dan puisi. Tetapi, hasil-hasil karya saya hanya menjadi koleksi peribadi. Seorang yang gemar mendengar muzik dan membaca bahan-bahan bacaan. Pendengar yang setia.
            Pada peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), saya mengambil peluang untuk menceburi bidang komunikasi. Bagi saya, ini adalah peluang untuk mengasah bakat yang saya ada. Saya juga menyimpan cita-cita ingin menjadi wartawan dan penulis novel. Saya rasa peluang dah ada di hadapan mata. Terpulang pada saya mencorakkan ia bagaimana. Saya harap, saya akan merealisasikan impian saya pada masa hadapan. Sepanjang belajar dalam bidang komunikasi banyak pengalaman yang saya dapat terutamanya dalam bidang kewartawanan dan penerbitan. Pengalaman ini mengajar saya untuk lebih memahami bidang komunikasi ini


No comments:

Post a Comment